Selamat Tahun Baru Cina 2017 Daripada Stokis Al-Manna Ameer Kota Bharu

6:42 PTG

Gong Xi Fat Choi Semoga Tahun Ayam Memberi Inspirasi Kepada Setiap Usaha Dan Membawa Kejayaan Pengguna Gum Arabic Al-Manna Ameer


selamat tahun baru cina, almanna ameer, stokis almanna ameer kota bharu, gum arabic food, inspirasihuda,
Selamat Tahun Baru Cina 2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017 恭喜发财 daripada kami Stokis Gum Arabic Al-Manna Ameer Kota Bharu dan rakan-rakan di team +Gum Arabic Food. Setiap tahun negara Malaysia pasti akan mendapat cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina. Ini membuktikan semangat dan perpaduan tinggi yang dibina sejak sekian lama terus terjalin erat merentasi sempadan kaum, budaya dan agama dengan asas dan nilai harmoni.

Gong Xi Fat Choi Dan Prediksi Ayam Api


Saban tahun pasti kedengaran ungkapan salam tahniah dan doa kejayaan Gong Xi Fat Choi dari rakan setiap kaum sebagaimana ungkapan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang turut diucapkan kaum lain kepada masyarakat Melayu dan Islam.

Mengikut kalendar tradisi kaum tiong hua, sambutan Tahun Baru Cina pada 2017 ini bertemakan ayam api. Ada apa dengan ayam api? Prediksi dan maksud ayam api (Yin) menjadi unsur dominan bagi kebudayaan cina untuk menggambarkan kehangatan hubungan peribadi dan kekeluargaan. Antara prediksi ayam api seperti berikut:

  • Tahun ayam api adalah tahun romantik dan merancakkan hubungan kekeluargaan
  • Tahun ayam api untuk mencari kesempurnaan dalam kehidupan
  • Tahun ayam api untuk menghayati semangat kemerdekaan dan menghargai masa lalu
  • Tahun ayam api adalah tahun keberanian dan semangat menghadapi cabaran
  • Tahun ayam api merupakan saat terbaik untuk sesuatu rundingan dan kerjasama
  • Tahun ayam api melambangkan ketertiban dan perancangan yang lebih strategik
  • Tahun ayam api memberi penekanan aspek penjagaan masa (ayam bangun awal)
Secara keseluruhannya tahun ayam api adalah merupakan tahun kebangkitan untuk mencapai kejayaan dan meraik kesempatan di atas segala usaha dan kesabaran yang dilalui dari segala gerak kerja.
Penganut agama Islam sentiasa diajar untuk berusaha dan memperbaiki diri dengan bermuhasabah di atas segala perkara yang telah dilakukan. Islam juga menekankan pentingnya sifat berusaha diiringi doa dan tawakkal kepada Allah S.W.T.
Dalam memohon petunjuk dan munajat kepada Allah banyak amalan yang dianjurkan untuk umat Islam melaksanakannya sebagai tanda bersyukur dan permohonan kepada Allah seperti amalan solat sunat hajat dan solat sunat dhuha yang boleh diamalkan dengan konsisten.
Semoga keazaman tahun baru 2017 ini membulatkan lagi tekad untuk mencapai kejayaan dengan usaha yang gigih tanpa mengenal erti penat lelah dan putus asa. Bagi pengguna dan pengedar Gum Arabic Al-Manna, tumpukan sepenuh perhatian dan sentiasa amalkan perbincangan antara satu sama lain. Kerana corak perniagaan era ini memerlukan semangat kerjasama dan kolaborasi dalam menghadapi cabaran.
Selamat Tahun Baru Cina
Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna Ameer?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Ameer (RM30/150gram) semenanjung (RM35) sabah/ sarawak Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna Ameer/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.



gum arabic almanna, almanna ameer, stokis almanna ameer kota bharu,

 

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Instagram