Selar Stim Halia Al-Manna Ameer

6:50 PTG

Resepi Ikan Selar Masak Stim Halia Al-Manna Ameer

gum arabic almanna ameer, ikan selar, selar stim halia almanna ameer, gum arabic food, inspirasihuda
Selar Stim Halia Al-Manna Ameer


Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina 2017 kini kembali memeriahkan suasana bagi setiap keluarga dengan pelbagai pengisian menarik. Cuti selama seminggu ini banyak perkara yang boleh dilakukan. Ada yang mengambil peluang untuk pulang bercuti ke kampung halaman, ada yang merancang perjalanan ke destinasi pilihan dan sebagainya. Namun bagi team +Gum Arabic Food  Al-Manna Ameer, musim cuti sekolah bukan sahaja peluang untuk meluangkan sepenuh masa bersama keluarga, bahkan masa terbaik untuk mencuba resepi yang diubah suai atau dibuat penambahan ramuan dalam masakan dan hidangan. Resepi Ikan Selar Stim Halia Al-Manna Ameer menjadi pilihan sentuhan penambahan serbuk Gum Arabic Al-Manna.

Serbuk Al-Manna Ameer Dalam Bancuhan Jus Limau


Resepi ikan masak stim halia ini lebih sesuai jika ikan yang digunakan dari jenis ikan siakap, oleh kerana terdapat beberapa ekor lagi ikan selar yang belum digunakan, maka resepi ini digunakan pada ikan selar dengan sedikit bancuhan Gum Arabic Al-Manna Ameer.

Hidangan Masakan Stim Al-Manna Ameer Lebih Menyihatkan


Apa jua hidangan yang ditambah serbuk Al-Manna Ameer Insya-Allah memberi manfaat dan faedah kesihatan kepada pengguna yang menikmati hasil juadah menyihatkan ini. Apatah lagi penggunaan masakan stim ini tidak menggunakan bahan-bahan yang melibatkan penggunaan kolesterol yang tinggi. Ia hanya masakan kukus yang boleh diberi sentuhan mengikut selera masing-masing.

Bahan-bahan yang digunakan untuk masakan kukus atau stim ini sangat mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Apabila hidangan masakan stim ini dibuat untuk masakan tertentu atau hanya pada hari tertentu, maka bahan-bahan yang ingin digunakan juga tidak memerlukan jumlah yang banyak, cukup untuk masakan hari tertentu sahaja.

Keseluruhan harga bahan ramuan yang digunakan untuk penyediaan resepi ikan selar stim halia Al-Manna Ameer kecuali ikan selar, tidak sampai RM10. Jika sebahagian bahan-bahan yang diperlukan sudah ada di dapur atau dalam peti ais, maka perbelanjaan tersebut tidak sampai RM5.

Cukup menjimatkan untuk penyediaan hidangan bancuhan Gum Arabic Al-Manna dan tidak perlu membeli bahan-bahan tersebut dalam jumlah yang banyak ini bagi mengelakkan pembaziran dan penggunaan bahan-bahan dalam jumlah yang kecil lebih menyegarkan. Apabila bercadang untuk memasak hidangan stim halia pada hari-hari berikutnya boleh membelinya dalam jumlah yang kecil.

Bahan-Bahan Selar Stim Halia Al-Manna Ameer


Bahan-bahan penyediaan ikan selar masak stim haliah seperti berikut:
  • 4 ekor ikan selar
  • 5 cm halia
  • 1 labu bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 8 sudu makan sos tiram
  • 4 biji limau nipis
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji buah tomato
  • 1 tangkai daun sup
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer

 

Cara-cara Penyediaan Ikan Selar Stim Halia Al-Manna Ameer


Penyediaan hidangan ikan selar stim halia Al-Manna Ameer seperti cara-cara berikut:


  1. Halia, bawang putih, bawang merah ditumbuk dan digaul pada ikan bersama sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 15 minit.
  2. Cili merah, tomato, bawang besar dan daun sup yang telah dihiris ditabur di atas ikan. Letak serai yang telah diketuk. Tomato untuk dapatkan sedikit rasa masam agar seimbang dengan rasa sos tiram.
  3. Stim atau kukus ramuan serta ikan selar lebih kurang 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah jus limau nipis ke dalam cawan dan adunkan 1 sudu teh serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer. Boleh juga gunakan air biasa untuk adunkan serbuk Al-Manna Ameer hingga sebati dengan kuantiti air yang sedikit sahaja dan seterusnya siram di atas ikan selar stim halia.
Akhirnya juadah ikan selar halia Al-Manna Ameer dapat dinikmati bersama hidangan nasi yang panas dan pasti membuka selera semua. Hidangan yang menyihatkan ini lebih lengkap lagi jika disertakan ulam-ulaman seperti daun pegaga, ulam raja dan sebagainya yang boleh didapati dengan harga yang sangat murah.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna Ameer?
Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Ameer (RM30/150gram) semenanjung (RM35) sabah/ sarawak Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna Ameer/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

gum arabic food, gum arabic almanna, almanna ameer, stokis almanna ameer kota bharu,

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Instagram