Adakah Gum Arabic Sebagaimana Al-Manna Yang Pernah Diturunkan Ke Bumi?

1:34 PTG

Dakwaan Masyarakat Sudan Gum Arabic Adalah Al-Manna Yang Pernah Diceritakan Dalam Al-Quran


gum arabic almanna ameer, almanna ameer, gum arabic food, inspirasihuda, stokis almanna ameer kota bharu,
Gum Arabic Al-Manna Ameer - Stokis Kota Bharu


Penduduk Negara Sudan mendakwa Gum Arabic atau getah arab yang dihasilkan dari pokok akasia merupakan Al-Manna yang pernah diturunkan kepada Bani Israel dan kisahnya disebut di dalam Al-Quran melalui surah al-Baqarah ayat 57.

Al-Manna juga menjadi perbincangan  di kalangan ulama dari segi rupa, rasa dan tempoh penurunannya.  Adakah Gum Arabic ini sepertimana Al-Manna yang dimaksudkan? Hanya Allah yang maha mengetahui. 

Gum Arabic Mempunyai Kemiripan Dengan Al-Manna Yang Didakwa Penduduk Sudan


Seorang pekerja di ladang tanaman akasia yang dikenali sebagai Ali berkata,

Musim panas bukan masa pengeluaran sebenar Al-Manna (Gum Arabic). Kebiasaannya ia dikutip ketika musim sejuk di waktu pagi.

Penelitian terhadap pendapat ulama yang menyatakan Al-Manna turun pada waktu pagi, seolah mempunyai kemiripan dengan Gum Arabic sebagaimana yang didakwa oleh penduduk Sudan. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Gelaran Al-Manna digunakan masyakarat Sudan sebagai nama bagi cecair getah yang keluar dari pokok akasia. Kini panggilan Al-Manna (Gum Arabic) juga turut digunakan oleh penduduk Negara Arab yang lain seperti Mesir, Arab Saudi dan Yaman.

Terdapat juga beberapa negara lain yang turut menanam pokok akasia untuk mendapatkan manfaat yang sama sebagaimana Al-Manna yang berada di Sudan. Namun khasiatnya sangat berbeza dan rendah berbanding khasiat Gum Arabic dari Sudan.

Gum Arabic Al-Manna yang berada di Sudan mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding acacia gum yang ditanam di negara-negara lain. Prebiotik semula jadi ini digunakan dengan begitu meluas dalam kebanyakan produk makanan dan minuman.

Gum Arabic Al-Manna Mempunyai Rasa Sedikit Manis Tetapi Tidak Semanis Madu


Pokok Al-Manna (Acacia Senegal) yang ditanam di barat Sudan menghasilkan sejenis cecair seperti susu getah. Warnanya kelihatan lebih putih berbanding susu dan rasanya pula sedikit manis. Walau bagaimanapun kemanisan Gum Arabic ini tidak semanis madu sepertimana kebiasaannya.

Sekali lagi Gum Arabic mempunyai kemiripan dengan Al-Manna yang pernah diturunkan ke bumi untuk Nabi Musa A.S dan kaumnya Bani Israel yang telah disesatkan selama 40 tahun di kawasan padang pasir tandus dan gersang iaitu Semenanjung Sinai.

Al-Quran merakamkan kisah ini dalam surah al-Baqarah ayat 57 yang bermaksud:

Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Ulama tafsir yang membincangkan berkaitan al-Manna antaranya Qatadah menjelaskan:


Bahawa manna turun di mana tempat mereka berada seumpama turunnya salju, bentuknya lebih putih berbanding susu dan rasanya lebih manis berbanding madu; manna turun kepada mereka bermula dari fajar (subuh) hingga terbitnya matahari.
Penduduk Sudan terutamanya pekerja ladang Gum Arabic Al-Manna mengakui khasiat yang terdapat pada gula mentah semula jadi ini sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan. Apatah lagi jika para pekerja ladang Al-Manna dapat bertahan dan meneruskan aktiviti di ladang walau berada di bawah suhu kepanasan matahari yang tinggi dan mereka dapat hidup sihat dengan memakan Al-Manna yang diambil di\ari pokok.
Dari hal peristiwa Nabi Musa A.S bersama kaumnya Bani Iarael dan kemiripan Al-Manna dengan Gum Arabic ini telah menguatkan lagi dakwaan orang-orang Sudan dan dijadikan hujah untuk mengukuhkan dakwaan mereka bahawa Gum Arabic adalah Al-Manna yang pernah diturunkan ke bumi.

Pembaca blog tentu ingin berkongsi info dan manfaat Gum Arabic Al-Manna. Sejauh mana kebenaran dakwaan penduduk Sudan ini? Adakah Al-Manna dalam surah al-Baqarah ayat 57 diangkat balik oleh Allah S.W.T setelah ia diturunkan ke bumi? Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna Ameer?


Anda boleh menghubungi kami (Stokis Gum Arabic Kota Bharu) melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Ameer (RM30/ 150gram) semenanjung (RM35) sabah/ sarawak Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna Ameer/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

gum arabic food, gum arabic almanna, almanna ameer, stokis almanna ameer kota bharu,

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Instagram