Perbezaan Gum Arabic Al-Manna Ameer Dengan Produk Lain

8:45 PG

Gum Arabic Al-Manna Ameer Adalah Yang Terbaik


gum arabic almanna ameer, almanna ameer, gum arabic food, inspirasihuda, stokis almanna ameer kota bharu,
Gum Arabic Al-Manna Ameer - Stokis Kota Bharu


Produk yang berasaskan gum arabic kini semakin banyak boleh ditemui dalam pelbagai jenama dan syarikat. Penggunaan gum arabic dalam sesuatu produk bergantung kepada jumlah dan jenis yang digunakan samada mengandungi gum arabic sepenuhnya atau campuran bersama bahan yang lain. Namun, serbuk prebiotik semula jadi dari Sudan, Gum Arabic Al-Manna Ameer adalah 100% bahan asli, tiada pengawet dan gred terbaik.

Tujuh Perbezaan Gum Arabic Al-Manna Ameer Berbanding Produk Lain


+Gum Arabic Food  akan menyenaraikan tujuh perbezaan Gum Arabic Al-Manna Ameer dengan produk yang lain. Berikut tujuh senarai utama yang dijelaskan pada perenggan seterusnya sebagai maklumat pengguna dan sesiapa saja yang bercadang untuk mencuba kebaikan prebiotik semula jadi gula mentah dari Sudan ini.
  1. Gum Arabic Al-Manna Ameer Gred Terbaik
  2. Gum Arabic Al-Manna Ameer Larut Dalam Tujuh Saat
  3. Gum Arabic Al-Manna Ameer Penawar Pelbagai Masalah Kesihatan
  4. Gum Arabic Al-Manna Ameer Prebiotik Semula Jadi
  5. Gum Arabic Al-Manna Ameer 100% Asli dan Halal
  6. Gum Arabic Al-Manna Ameer Dari Negara Sudan
  7. Gum Arabic Al-Manna Ameer Dengan Teknologi Ziplock

Gum Arabic Al-Manna Ameer Gred Terbaik


Serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer adalah dari kategori yang terbaik untuk digunakan. Getah arab yang diambil dari pokok Akasia Senegal (Hashaba) dan Akasia Seyal (Talha) menjadi pilihan pengeluar untuk memasarkan gum arabic ke seluruh dunia mengikut permintaan ramai.

Gula mentah dari pokok akasia senegal adalah gred terbaik berbanding pokok akasia seyal. Namun kedua-dua jenis pokok akasia ini tetap mempunyai khasiat yang tinggi dalam membantu meningkatkan kesihatan. Gum Arabic Al-Manna Ameer diambil dari pokok akasia senegal yang diketahui ramai sebagai gred terbaik keluarga akasia.

Proses menghancurkan ketulan gum arabic kepada serbuk mempunyai tahap tertentu. Begitu juga tahap memisahkan bendasing mempunyai kategori tertentu. Selalunya gam arab dari gred terbaik adalah bebas dari bendasing seperti debu tanah dan kulit pokok yang melekat pada getah akasia.

"Best la serbuk (Gum Arabic) Al-Manna (Ameer) yang cik jual. Serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer larut terus. Ia berbeza dengan serbuk Al-Manna yang saya beli di tempat lain sebelum ini sebab makan masa sikit untuk larut sepenuhnya dan bercampur bendasing pula. Mungkin bendasing itu dari dahan pokok akasia" - Kak Aida (kini pengguna Gum Arabic Al-Manna Ameer).

Gum Arabic Al-Manna Ameer Larut Dalam Tujuh Saat


Prebiotik semula jadi Gum Arabic Al-Manna Ameer sangat mesra pengguna. Proses pelarutan serbuk getah akasia ini hanya mengambil masa selama tujuh saat selepas dibancuh ke dalam bekas minuman dan tidak meninggalkan kesan mendapan pada bekas minuman selepas menggunakannya.

Selain itu tahap hancur serbuk gula mentah akasia juga mempunyai peringkat tertentu dan ia memberi kesan semasa menggunakannya. Proses menghancurkan ketulan gum arabic ke bentuk serbuk pada tahap biasa (serbuk tidak lebih halus) biasanya serbuk gum arabic akan menjadi seperti tidak hancur sepenuhnya selepas dibancuh dalam bekas minuman. Terdapat mendapan gum arabic di bahagian bawah bekas minuman selepas digunakan.

Namun, gum arabic dari gred terbaik akan cepat larut apabila dibancuh ke dalam air dan tidak meninggalkan kesan ketulan di bahagian bawah bekas minuman selepas digunakan. Gum arabic yang lambat larut akan menyulitkan pengguna kerana terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk proses pelarutan sepenuhnya.

"Saya pernah guna Gum Arabic yang susah larut sebelum jumpa Gum Arabic Al-Manna Ameer. Gum Arabic jenama lain yang saya gunakan sebelum ini lambat habis (lambat larut) menyebabkan saya jadi malas untuk larutkannya. Kesudahannya saya skip makan Gum Arabic (jenama lambat larut)" - Nana Mazliana (kini pengguna Gum Arabic Al-Manna Ameer).

Gum Arabic Al-Manna Ameer Penawar Pelbagai Masalah Kesihatan


Ikhtiar terhadap sebarang anugerah yang diberi oleh Allah S.W.T untuk mendapatkan manfaat dan kebaikan terhadap diri merupakan amalan yang dituntut. Membiarkan diri untuk berterusan dalam keadaan tiada 'pembelaan' sewajarnya terhadap kesulitan yang dihadapi seolah menyediakan diri untuk menempa kegagalan. Gum Arabic Al-Manna Ameer merupakan salah satu ikhtiar.

Banyak kajian yang telah dibuat oleh pakar saintis dan kesihatan berhubung manfaat yang dapat diperolehi dari penggunaan gum arabic. Ditambah lagi dengan testimoni pengguna gum arabic sudah tentu ia bukan omongan kosong untuk meraih populariti, keuntungan dan lebih-lebih lagi ia bukan gurauan dalam perkara melibatkna kesihatan.

Mungkin saja ada yang segera serasi dengan gum arabic, mungkin juga ada yang mengambil masa sedikit lama untuk merasai kesan dari anugerah yang tidak ternilai hasil sumber alam semula jadi yang didatangkan dalam bentuk getah arab khususnya Gum Arabic Al-Manna Ameer.

Gum Arabic Al-Manna Ameer Prebiotik Semula Jadi


Prebiotik semula jadi dan probiotik semula jadi telah diketahui umum amat baik untuk kesihatan usus. Lihat saja bagaimana seorang doktor pakar di sebuah Hospital Kanak-kanak di Sudan yang ditemuramah oleh kru dari sebuah televisyen Malaysia berhubung penggunaan gum arabic dalam merawat masalah penghadaman dan sakit perut kanak di sana.

Doktor tersebut menjelaskan, gum arabic mengandungi sumber prebiotik paling tinggi berbanding makanan lain. Ia sangat berkesan dalam membantu masalah penghadaman kanak-kanak di hospital tersebut. Bahkan kanak-kanak yang diberi gum arabic sebagai rawatan segera menunjuk tindak balas positif ke arah pemulihan dan tidak perlu menunggu lama di hospital.

Membicarakan soal prebiotik, sudah tentu terdapat banyak lagi khasiat dan manfaat yang sangat berguna untuk kesihatan tanpa mengira usia. Gum Arabic Al-Manna Ameer tampil untuk menjadi salah satu pilihan sebagai ikhtiar amalan kesihatan.

perbezaan gum arabic almanna ameer, almanna ameer, gum arabic food, inspirasihuda, stokis almanna ameer kota bharu,
Perbezaan Gum Arabic Al-Manna Ameer

 

Gum Arabic Al-Manna Ameer 100% Asli Dan Halal

 
Apa saja nutrisi yang asli dan halal tentunya menjadi pilihan pengguna. Gum Arabic Al-Manna Ameer tidak mengandungi bahan campuran lain walaupun bahan lain itu merupakan bahan yang halal dan diketahui kebaikannya.

Gum Arabic Al-Manna Ameer mempunyai berbezaannya berbanding getah arab dari produk lain. Gula mentah yang telah diproses menjadi serbuk ini tidak memerlukan bahan lain untuk dicampur. Ia kekal asli bermula dari ketulan asal gum arabic yang diambil dari pokok akasia senegal dan diproses menjadi serbuk halus.

Setelah diproses menjadi serbuk yang halus, bahkan lebih halus berbanding sesetengah produk gum arabic yang lain. Maka pilihan Gum Arabic Al-Manna Ameer diberi jaminan 100% asli dan halal untuk dimanfaatkan sebagai makanan kesihatan prebiotik semula jadi anugerah alam yang sangat bernilai.

Gum Arabic Al-Manna Ameer Didatangkan Khas Dari Negara Sudan


Negara Sudan adalah salah satu negara umat Islam di benua Afrika. Sudan berjiran dengan Mesir, Chad, Uganda dan Ethiopia. Sementara di timur Sudan terbentang Laut Merah yang menghubungkan Arab Saudi. Gum arabic dari Sudan adalah yang terbaik dan negara tersebut menjadi pengeluar terbesar gula mentah akasia.

Walau pun terdapat dakwaan dan persoalan yang meningkatkan lagi populariti Gum Arabic Al-Manna, Adakah Gum Arabic Sebagaimana Al-Manna Yang Pernah Diturunkan Ke Bumi? Namun berdasarkan kajian iklim di Sudan, suasana iklim negara tersebut adalah yang terbaik untuk tumbuhan gum arabic akasia. Walau pun terdapat beberapa negara lain yang turut menanam pokok akasia, namun kesannya sangat berbeza dan jauh berbanding khasiat getah akasia yang diperolehi dari Sudan.

Gum arabic terbaik adalah datang dari Sudan. Pelbagai jenis gula mentah yang kini menerjah masuk ke pasaran Malaysia. Namun Gum Arabic Al-Manna Ameer terus menjadi pilihan ramai kerana ia memudahkan pengguna dalam penyediaan dan memperolehi kesan yang sangat baik untuk kesihatan.

Gum Arabic Al-Manna Ameer Dengan Teknologi Ziplock


Teknologi ziplock bukan perkara baru dalam dunia packaging hari ini. Gum Arabic Al-Manna Ameer turut serta dalam menggunakan teklonogi ziplock pada bungkusannya yang diketahui umum sangat bagus digunakan.

Menggunakan ziplock pada bungkusan Gum Arabic Al-Manna Ameer akan menjaga kandungan getah arab tersebut dari pencemaran seandai tidak disimpan dengan baik. Ia lebih menjimatkan masa dari sudut proses penyediaan.

Gum Arabic Al-Manna Ameer mudah dibawa untuk ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan penyediaan bekas untuk simpanan, apatah lagi tali getah untuk mengikatnya. Teknologi ziplock menjadikan kandungan gum arabic lebih selamat dan bersih. Lebih menarik lagi ia sangat mesra pengguna apabila membuka dan menyimpannya.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Gum Arabic Al-Manna Ameer?

Anda boleh menghubungi kami (Stokis Gum Arabic Kota Bharu) melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Ameer (RM30/ 150gram) semenanjung (RM35) sabah/ sarawak Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna Ameer/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya. 


gum arabic almanna ameer, almanna ameer, gum arabic food, inspirasihuda, stokis almanna ameer kota bharu,

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Instagram