Gum Arabic Al-Manna Ameer : Ramadan Dirindui Kemuliaanya Dihayati

11:47 PG

Salam Ramadan Dari Gum Arabic Food


Gum Arabic Al-Manna Ameer team Gum Arabic Food ingin berkongsi maklumat berguna sebagai tatapan pengguna blog yang sentiasa mencari info terkini berkaitan prebiotik semula jadi getah arab Sudan. Perkongsian kali ini melibatkan acara bulan ibadah yang menjadi sambutan umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadan.

gum arabic almanna ameer, almanna ameer, gum arabic food, inspirasihuda, stokis almanna ameer kota bharu, ramadan,
Gum Arabic Al-Manna Ameer - Stokis Kota Bharu

Ada Apa Dengan Ramadan Al-Mubarak


Ramadan mengikut ejaan asalnya (bahasa Arab) ialah رمضان atau selalu ditulis mengikut cara sebutannya sebagai Ramadhan. Ejaan tepat mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah "Ramadan". Walaupun pada tulisan, ejaannya "Ramadan" namun kita bebas untuk menyebutnya sebagai "Ramadhan". Ini kerana perkataan asalnya dari bahasa Arab, maka sudah tentu cara sebutannya lebih tepat jika menggunakan sebutan yang sama dengan bahasa Arab.

Ramadan yang memberi maksud 'panas terik' merupakan bulan yang paling mulia dalam kalendar bulan-bulan Islam atau hijriah. Ramadan berada pada urutan ke sembilan dari 12 senarai bulan Islam. Kalendar hijriah bermula dengan bulan Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Al-Quran Memuliakan Bulan Ramadan


Al-Quran memuliakan bulan Ramadan melalui surah Al-Baqarah, ayat 185 : 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur)

Berdasarkan ayat ini, terdapat dua bentuk keistimewaan yang dinyatakan oleh Allah S.W.T sempena kemuliaan bulan Ramadan.

Keistimewaan Pertama


Keistimewaan pertama ialah pada bulan Ramadan berlakunya peristiwa permulaan penurunan Al-Quran (wahyu) atau apa yang disebut sebagai 'Nuzul Quran'. Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan tarikh mula-mula wahyu diturunkan, namun bersetuju bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah menerima tarikh penurunan Al-Quran pada 17 Ramadan iaitu ketika Nabi Muhammad S.A.W berada di Gua Hira'. Melalui ayat pertama hingga ayat kelima dari surah Al-'Alaq pada malam Jumaat menjadi peristiwa penting bagi umat Islam bukti permulaan penurunan wahyu (Al-Quran) kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Keistimewaan pertama ini juga (Al-Quran) merupakan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad untuk panduan kahidupan bagi umat hingga ke akhirat. Al-Quran adalah kompas kehidupan umat Nabi Muhammad S.A.W yang dapat memberi petunjuk untuk mencari kebenaran. Al-Quran juga boleh menjadi diari kehidupan apabila umat Nabi akhir zaman mengambil segala kebaikan yang terkandung di dalamnya. Al-Quran menawarkan manusia panduan membina kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin ingin tahu Apa Itu Gum Arabic Al-Manna?

Keistimewaan Kedua


Keistimewaan kedua dari ayat ini ialah arahan diwajibkan untuk mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Berpuasa di bulan Ramadan sebagaimana diketahui umum adalah ibadah wajib yang diperintahkan oleh Allah S.W.T melalui ayat 185 dari surah Al-Baqarah. Melengkapkan keistimewaan kedua iaitu arahan mengerjakan puasa selama sebulan menyusul sebaik saja makluman keistimewaan pertama iaitu sebuah perkhabaran agung penurunan wahyu 'Nuzul Quran' yang menjadi mukjizat sepanjang zaman bagi umat Nabi Muhammad S.A.W, itulah Al-Quran.

Arahan berpuasa di bulan Ramadan termaktub dalam aturan keempat Rukun Islam. Terdahulu dalam Rukun Islam perintah mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan selepasnya (puasa) arahan mengerjakan ibadah haji (bagi yang berkemampuan).

Setiap tahun umat Islam akan memperuntukkan masa yang lebih untuk mengerjakan amal ibadah di bulan yang paling mulia, bulan Ramadan. Walaupun umat Islam tidak seharusnya hanya menunggu Ramadan untuk mengerjakan lebih banyak ibadah dan ia perlu diteruskan di bulan yang lain dengan penuh keazaman dan konsisten, namun umum menyedari 'hadiah' yang disediakan untuk mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadan sangat besar ganjarannya.

Anda mungkin ingin tahu Manfaat Gum Arabic Al-Manna

Bukti Kemuliaan Ramadan Dan Meningkatkan Amalan Ibadah


Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran, surah Al-Hadid ayat 21 :

سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
(Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar)

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran, surah An-Nahl ayat 32 :

ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
(Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan)

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran, surah Az-Zukhruf ayat 72 :

وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
(Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan)

Hadith daripada Abi Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

َنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
(Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Ketika Ramadan datang maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka dan dirantailah syaitan-syaitan)

Asas keyakinan dan keikhlasan dalam mengerjakan setiap amal ibadah sangat berkait rapat dengan rahmat Allah S.W.T. Keikhlasan memainkan peranan penting dalam mendapat restu dan redha Allah. Bersegera dalam merebut ganjaran di bulan Ramadan sebagaimana kemuliaan yang telah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith disusuli dengan keyakinan dan keikhlasan bakal merancakkan lagi amalan yang dipersembahkan kepada-Nya.

Kemuliaan Ramadan juga turut dianugerahkan dengan sebuah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) yang lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Ia dirakam dalam Al-Quran melalui surah Al-Qadr melalui firman Allah S.W.T :

ِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣) تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (٤) سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥) 
(Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar)

Pada bulan Ramadan juga umat Islam berpusu-pusu membanjiri masjid dan surau mengerjakan solat tarawikh tanpa melepaskan ganjaran istimewa bagi solat wajib secara berjamaah. Peluang terbaik untuk melakukan lebih banyak amalan ibadah kerana setiap orang berebut untuk melakukannya dan pada bulan Ramadan juga tiada istilah malu untuk melakukan apa saja amal ibadah dalam jumlah yang banyak. Ini kerana setiap orang sibuk untuk meningkatkan amalan masing-masing.

Sebenarnya dalam mengerjakan amal ibadah dalam jumlah yang banyak tiada istilah malu untuk melaksanakannya walaupun setelah berada di bulan lain. Namun umat Islam akan diuji sejauh mana keikhlasannya dalam menyerahkan ibadah yang dilakukan sepenuh hati untuk Allah S.W.T.

Anda mungkin ingin tahu Cara Hidangan Gum Arabic Al-Manna

Peristiwa Bersejarah Di Bulan Ramadan

Rakaman sejarah turut diabadikan di dalam bulan Ramadan. Pelbagai peristiwa kebesaran Islam dan umat Islam yang berjuang menegakkan kebenaran menjadi rujukan bagi generasi terkemudian. 

Sebahagian peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan seperti berikut:
  1. Pembebasan Kota Mekah 
  2. Penurunan Wahyu (Nuzul Quran) 
  3. Perang Badar 
  4. Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W ke Tabuk 
  5. Islam sampai ke Yaman 
  6. Khalid Ibnu Walid meruntuhkan Berhala Al-'Uzza 
  7. Penyerahan Kota Taif 
  8. Pembebasan Andalusia (Sepanyol) 
  9. Peperangan Zallaqah di Portugal 
  10. Tentera Islam menewaskan tentera Mongol 
  11. Peperangan Yakhliz 
  12. Mesir menawan kembali Semenanjung Sinai dari Israel

Sampaikan Kami Dengan Ramadan Akan Datang


Semoga tulisan ringkas ini dapat memberi manfaat kepada pembaca khususnya pengguna yang sentiasa memberi sokongan kepada Gum Arabic Al-Manna Ameer. Selaku Stokis Gum Arabic Al-Manna Ameer Kawasan Kota Bharu team Gum Arabic Food memohon kemaafan kepada semua rakan stokis, ejen, pengguna dan pembaca Blog Al-Manna Ameer di atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang pengurusan getah arab Sudan.

Gum Arabic Food mengajak semua keluarga Al-Manna Ameer dan rakan media sosial untuk meningkatkan amal ibadah di sepanjang bulan mulia ini. Mudah-mudahan semua penuntut Madrasah Ramadan akan dipertemukan lagi di Ramadan akan datang.

"Allahumma Ballighna Ramadan"

#RamadanKareem #AllahuAkram 

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Instagram